Archive for May, 2011

May 18 2011

Ingin melanjutkan pelajaran tapi tak ada yang pelawa?

Published by under Ladies & Gentleman!

Tunggu punya tunggu surat tawaran IPTA tak dapat-dapat. Semua orang dah hip-hip-hoorey dapat tempat belajar. Tapi saya? Saya nak belajar! Saya nak belajar lagi! *sambil hentak-hentak kaki*

Ok adik adik jangan risau. Yeah, now I want to help you guys yang kecewa tak dapat belajar. Lepas ini mimpi akan menjadi kenyataan. Ecewah.

Sesiapa yang berminat untuk melanjutkan pelajaran tetapi keputusan SPM tidak memuaskan boleh lah mendaftar sekurang-kurangnya 3credit kecuali untuk course nursing 5credit diperlukan (Maths dan Sc wajib credit, BI wajib lulus dan 3 subject lain) Course yang disediakan terlalu banyak, cakap je nak course apa? Pengurusan? Pengurusan rumah tangga? Masak memasak? Kelas Vocal? Semua ada.

Course medic tak ada. Sebab menurut Dr. Totin, seseorang yang menjadi doctor akan menyesal seumur hidup. Jadi Dr. Totin tak galakkan. Course perubatan selain doctor lebih digalakkan seperti nursing, medical assistant, physiotherapist dan lain-lain lagi.

Masih runsing? Sabar, belum habis cakap lagi ni.

Pelajar dari Sabah dan Sarawak boleh mendapat tiket kapal terbang PERCUMA. Tapi untuk pelajar sahaja lah ye. Mak bapak, sanak saudara dan orang kampung bayar sendiri. Orang Sabah Sarawak je yang dapat tiket penerbangan ini. Orang Semenanjung jangan berangan nak mintak tiket ke Sabah Sarawak pulak??

Caranya bagaimana?

Senang sahaja

Ambil telefon yang terdekat,

dial 013-2507185

tunggu panggilan dijawab,

lalu sebutkan kata laluan:

“Hello may I speak with Miss World Yun?”

Kemudian korang bagitahu lah niat korang untuk melanjutkan pelarajaran, dan masalah korang akan diselesaikan oleh Miss World tersebut. Hah, bukan calang-calang orang. Miss World yang tolong tau. Sungguh bertuah!

Jadi nurse je best weh. Jangan nak berangan amek medic nak jadi doctor, bukannya best pon. Okeh tiba-tiba.

Kolej yang ditawarkan.

1)NICHE COLLEGE
2) LINCOLN COLLEGE
3) GLOBAL INSTITUTE OF STUDIES
4) LIFE COLLEGE

Yuran pendaftaran sekali sepanjang tempoh pengajian RM1300 SAHAJA kecuali LIFE college RM2000..

Elaun bulanan RM150-RM300 (depends on course) untuk semua college.. Amboi amboi budak-budak zaman sekarang, belajar pun dapat elaun. Aku ni nak kena oncall 36jam baru dapat elaun itu pun ciput je. Eh tiba-tiba je ada segmen luahan perasaan.

Semua college dan course yg ditawarkan ada MQA. Amende ni? Entah tak tahu, I tolong copy paste je ni. Nanti korang google sendiri.

Yuran pengajian affordable..dan pinjaman PTPTN disediakan bagi mereka yang layak. Kalau tak layak pun boleh buat rayuan muka tebal konon-konon anda lah yang paling berkelayakan.

Intake terdekat pada 23 MAY!

CEPAT SEBELUM TERLAMBAT!

8 responses so far

May 13 2011

Siput sedut lemak cili padi.

Selamat tengah hari! Semua orang dah makan ke belum? Kalau belum makan lagi, I nak ajak semua orang ikut I pergi makan siput. I belanja! Ecececeh.

I memang suka hunting makanan. Bila stress dikepala, mesti terfikir nak makan sedap-sedap. Konon-konon, makan sedap adalah penawar stress. Kesudahannya, badan membelon cenggini.

Siapa suka menyedut siput? Kedai ini memang special, sebab masakan terkenalnya adalah Siput Sedut Lemak Cili Padi.

Saya orang kampung. Makan warung warung.

Jangan terperanjat kalau pergi warung ini anda akan mengalami masalah parking kereta yang crowded.

Ini bukan siput. Ini ikan. Ikan masak asam pedas. (Nampak sangat tak tahu nama ikan)

Dan disediakan juga ikan bakar yang dibakar disaat itu juga. Kira macam fresh fresh dia bakar la.

Haaa. Ini lauk special dia. Selain dapat menikmati kelazatan siput sedut, anda akan dapat melakukan senaman muka menyedut siput dengan penuh tenaga. Sroooooooooooooot.

Siput Sedut Lemak Cili Api

Jalan Dato’ Musa, Pengkalan Rinting

Johor Bahru,

17 responses so far

May 10 2011

Mari melawat zoo!

Hai kawan-kawan. Assalammualaikum! Hari ini I akan membawa kawan-kawan semua melawat Zoo Johor. Nama pun melawat Zoo, jadi gaya menulis pun ala-ala rancangan Mari Melawat Zoo, ye adik-adik. Mesti ramai yang tak tahu, Johor ada zoo juga. Atau ada yang tau, tapi buat-buat tak tahu.

Zoo Johor bukan zoo cikai-cikai tau! Sebab dekat Zoo Johor sahajalah anda akan bertemu dengan Harimau Jinak. Harimau ini sangat jinak sampaikan kau nak kiss kiss dia pun, dia tak kesah.

Johor sahaja yang ada harimau jinak cenggini.

Tempat kau ada? Tak ada kan!

Dan boleh manja-manja beramah mesra dengan harimau seperti ini.

Eheheheheeee ok ok. Tak nak cari pasal lagi. Yang ini betul-betul punya jinak. Bukan macam harimau kejung dekat atas itu.

Dekat Zoo Johor ada Unta Jinak. Kita boleh hulur-hulur kacang bagi unta makan.

Eh unta makan kacang ke? Errr entahlah.

Yang ini binatang betul tau. Ada beberapa ekor binatang cenggini berjalan sepah-sepah di Zoo.Kiranya sambil kau bersiar-siar sambil diikuti oleh binatang ini. Sebenarnya I tak tahu nak panggil binatang ni apa. Nak kata itik, panjang sangat pulak muncung dia. Nak kata bangau, kaki tak cukup tinggi. Itik kahwin dengan bangau kot?

Sambil bermain kayuh-kayuh ini, boleh tengok ikan di tasik. Ikan pun sejenis binatang juga kan. Kata pergi zoo, kena lah menikmati semua jenis binatang. Teheee.

Tata semua, thanks for readings. Dari kami yang tak mandi pagi lagi, lepas breakfast terus menikmati cuti Hari Pekerja di Zoo Johor!

15 responses so far

May 08 2011

What Is Your Favorite Mother’s Day Song?

Published by under Where the heart is.

No no no. Not “Oh Ibu” from Mamat. Bukan juga lagu mamaku pulang dari kota, mamaku beli kan kereta.

Oh whatever.

Lagu ni memang mengingatkan I pada zaman kanak-kanak. We (me and the cousin) keeps singing this song all the time lah when we were in kindergarten… Maklumlah kami tadika cina. Lagu yang diajar semua lagu-lagu cina. Anyone from Grace Kindergarten Batu Pahat?

Masa itu tak faham langsung apa maksudnya. Main nyanyi sahaja. Sebutan entah betul entah tidak. Yang paling confident part, maaa maaa maaaa…

The translation.

Away from
Mama´s bosom
happines no
where to find

close to
mama´s bosom
how happy
you can´t tell

In the world
only Mama´s dear
Mother less child
is like a straw

Away from
Mama´s bosom
happines no
where to find

Walaupun saya tak sesempurna orang lain, dari kecil tak dibesarkan macam orang lain, tapi yang melahirkan saya cuma mama seorang. 🙂

Tuhan memang suka uji saya. Sampailah sekarang..

5 responses so far

May 05 2011

Please popmyberrry!

Published by under Spare me 100 bucks!

Popmyberry kini di Johor Bahru. Tak payah la tersesat sesat terpusing pusing dekat SS15 Subang tu nak cari kedai ini. Dengan parking yang susah lagi. Memang stress juga.

Bagi sesiapa yang tidak tahu apa itu Popmyberry, mari sini I bagitahu. Popmyberry adalah sebuah kedai accesories blackberry original bertaraf tinggi. Eceh. Kiranya macam berkualiti lah barang-barang dia, bukan cokia cokia punya. Masa I pergi kedai ini, artis Jehan Miskin pun sedang beli disini. Bibik I yang cam. *Amboi bibik zaman sekarang.* Disebabkan hati I tetap setia pada Farid Kamil, jadi I bolayan sahaja. Untung Farid Kamil ada peminat macam I. Ok bye.

Memang dah lama nak cari cover baby kesayangan. Yang dulu dah patah. Sekarang pakai cover getah sementara merah menyala. Amboi beli sampai dua, kenapa?

Sebab I suka pakaikan baju dia belang-belang.

Checkidout!

Pop My Berry Johor Bahru
Block 6-G-10 Danga Bay Jalan Skudai 80200 Johor Bahru, Johor
Tel : +607 – 2388 266
Email : info@popmyberry.com
Business Hour : 12 – 9 pm

Berdekatan dengan Tune Hotel, Johor Bahru.

p/s: Tapi sayangnya, di Popmyberry JB tak ada pengkid comel macam dekat Subang tu. Ngeee.

9 responses so far

« Prev - Next »

| |