Archive for December, 2010

Dec 23 2010

Kenapa ye?

T: Hey, I’m still single okay!
X: Tak percayalah.
T: WHY???
X: Sebab dekat mata you nampak bentuk love.
T: Wtf..

T: Hey, I’m still single okay!

X: Tak percayalah.

T: WHY???

X: Sebab dekat mata you nampak bentuk love.

T: Wtf..

20 responses so far

Dec 22 2010

Kalau datang Batu Pahat,

Jangan lupa makan kerang tersedap. Kerang masak apa entah lah tak tahu nak cakap, yang penting sedap. Nak ke gerai kerang ini bukan senang. Kena pergi ke pedalaman Sungai Lurus, Senggarang, kira-kira 20 minit dari Bandar Batu Pahat. Tapi kalau I drive pecut siap buat drift lagi, tambah tolak dalam 30 minit lah.

72410_165652390120725_100000278942096_427816_7170069_n_副本

Ingat. Kerang ini cuma boleh didapatkan di sungai yang paling lurus di batu pahat iaitu Sungai Lurus, Senggarang, Batu Pahat. Makan kerang sehingga menjilat kulit kerang.

Waktu paling cocok untuk makan kerang di sana ialah waktu petang-petang dah nak masuk maghrib. Dapat lah kita menikmati makan kerang sambil tengok sunset tepi laut. Kedai kerang ini tepi laut tau, jangan main-main kau ingat Batu Pahat tak ada laut ke?

DSC06551_副本

Bila cuaca dah ala-ala maghrib sedikit je keluar lah senja nan merah. Excited nak ambil gambar awan oren. Jejaka baju putih itu actually orang Batu Pahat juga, tapi sebab dia dah duduk KL dan selalu berkata “What can I do in Batu Pahat? Here is so boooring” dengan sleng mat saleh kau ingat kau orang Australia? Padahal dulu sekolah sedebal, ngomong jowo.

Bawa dia ke tepi laut. Diam sikit mulut dia terpana dengan keindahan Batu Pahat. KL ada laut ke? Ada ke? Ada tak? Padan muka mulut kena gam tak tahu nak jawap apa. Kih kih kih. Bestnya Batu Pahat tanah tumpah darahku.

Kesimpulannya, (dulu cikgu SPM selalu ingatkan penutup kena mulakan ayat cenggini) jangan ingat Batu Pahat tak best. Batu Pahat best gila kalau kita rajin teroka.

[This is a schedule auto update post]


33 responses so far

Dec 20 2010

Wedding of the year.

Published by under Best Wishes!

Bila orang terdekat kahwin, kita mesti akan berasa OMG when is my turn? Nak kahwin juga! Exactly what every girl would feel lah kan? Tapi bila dengar orang cerai berai sana sini, mengeluh penyesalan berkahwin, rasa macam tak kahwin pun tak apa, nak besarkan adik-adik sekolah, jaga mak ayah sampai tua. -_-

The reason kenapa I pospone kerja sampai 2 kali panggilan induction I said, NOOOO, I’m BUSY! adalah kerana, Wedding cousin diutamakan. Ha ni kalau aku kahwin kau orang semua tak datang siap kau! Kalau kahwin lah.. Tsk.

DSC06821_副本 copy

Ini namanya mukadimah gambar.

DSC06825_副本 copy

Barisan juri di meja 42. Penat drive seorang-seorang dari Johor, meja barisan juri kau bagi aku. Kejam kau nokk. Takpe takpe nasib baik exclusive sedikit sebab pengantin datang dari meja kami menuju ke stage. Eceh.

DSC06829_副本 copy

Bila tiba-tiba pengantin datang dengan style jalan tersendiri,* entah berapa lama dia practise* sambil diiringi dengan lagu romantic tak ingat lagu apa. Tergamam sekejap. 5 saat lepas itu baru menggalabah cari camera mana camera mana?

The super gorgeous cousins! Automatically, Huzir jadi cousin juga. Cantiknya cantiknya rasa macam nak lempang Sabrina, apasal kau cantik sangat? Time ini lah mula berangan nak jalan bergandingan tangan cenggini dengan…

…Farid Kamil…

DSC06837_副本 copy

Disebabkan duduk paling jauh kebelakang, dah zoom in camera pun tetap nampak jauh juga. Nak kedepan malu, sebab kene pakai laluan red carpet ala ala Beyonce pulak dah.

DSC06900_副本 copy

Tapi naik atas stage untuk bergambar bersama, tetap tak tahu malu.

DSC06821_副本 copy

Ini adalah majlis reception sebelah pengantin lelaki di The Club, Damansara. The cousins semua berkumpul di Royal Bintang Hotel, The Curve jadi jangan tanya lah kenapa sejak 2, 3 hari yang lalu I asik check in facebook dekat The Curve sahaja. Bila kawan-kawan ajak lepak, wey kau datang The Curve sekarang! Esok nak lepak lagi, Err kita lepak The Curve lagi boleh? Haha.

Nasib baik lah hotel itu dekat The Curve. Kalau dekat Sogo ke.. Errrrrr. Macam tak cool je ajak lepak Sogo?

Maaf lah ye asik gambar kenduri kahwin sahaja. Maklum lah cuti sekolah. Nanti dah start kerja, korang muntah muntah tengok gambar darah pula.

24 responses so far

Dec 17 2010

Nama sebenar Totin Jamain.

Published by under I'm just rambling.

Nama sebenar Totin Jamain

Nama sebenar Totin Jamain

Nama sebenar Totin Jamain

Fine. Sana sini keywords ini. Bukan sahaja blog I, blog kawan-kawan I pon terjebak dengan keywords search ini di Nuffnang. Setiap bulan mesti ada punya.

Hai, boleh berkenalan? Nak panggil awak apa? Panggil Totin lah, tak pandai baca ke? Nama sebenar dalam IC ciptakan sendiri adalah Noor Totiniah Jamain. Nama dari IC pejabat pendaftaran rahsia. Mak tak bagi bagitahu orang, nanti anak dia kena culik. wtf.

Alkisah nama Totin wujud pabilaaa larut malam, tara ku cha, tara ku cha-cha. grrr tak boleh serious betul Totin ni. Dulu masa menjelang dewasa, eceh. Kawan-kawan suka ejek I kurus kedengking badan tak sedap. Macam tengkorak berjalan-jalan di malam hari. Oh sampai hati korang. Bila jumpa kawan-kawan mesti dialoq pertama, “Hey, why you are too thin?” “Eat a lot of food la.. you look too thin” Sana sini, too thin-too thin ……lama-lama pronunciation jadi malas, akhirnya disebut TOTIN 🙂

Dulu I marah juga. Lama-lama I jadi bangga sampai kadang-kadang terlupa nama sendiri apa.

CCF15122010_00000_副本

By the age of 17, my weight was 38kgs. Ni gambar masa form 3 kot. Tengok tu tulang tengkuk terbujur keluar. Bahagian dada pun tak ada apa-apa yang timbul -_- Cacattttttt.

DSC05810_副本 copy

Ada juga kawan yang panggil I, Yan. Sebab my bestfriend for life melekat ke sana ke mari namanya Yun. Yun Yan Yun Yan, macam gitu lah.

Jadi, nama sebenar I bukanlah seperti yang engkau orang bayangkan. Not Totin, Not Yan. Mungkin Rokiah? Mungkin Latifah? Or something yang jauh daripada nama panggilan I. 🙂

ps; Tapi sekarang dah terlebih berat pula. Can you see the different? Haha whatever.

37 responses so far

Dec 16 2010

Ho Chi Minh City, Vietnam

Bercuti ke Saigon a.k.a Ho Chi Minh City tidak jauh berbeza dengan pergi ke Jogja kota tercinta. Rindu sungguh dekat Jogja, lihat Saigon sahaja teringat Jogja. Cuaca tak jauh beza dengan tempat kita, panas terik. No more ice batu macam dekat Soul. Tak payah mengada-ngada nak pakai winter coat di panas terik cenggini. Gila apa?

P1010966_副本 copy

Mata sampai nak terbojol keluar bila bershopping. Itu lah istimewanya ke negara Vietnam. Sebab we don’t have to think about the prices. Confirm murah. Lagi hebal skills menawar kita, lagi untung lah kita. Kenyit mata sedikit, dapat lah harga murah.

Ben Thanh market memang menjadi landmark untuk semua perlancong ke Vietnam. Wajib pergi sini! Ada dua sesi, sesi market indoor pada siang hari dan outdoor pada malam hari. Malam outdoor banyak betul dress yang mempesonakan. Usha punya usha ternampak dress yang sama macam I beli dekat online berharga rm60 tetapi ternyata dress itu cuma dijual dekat PASAR di vietnam sahaja dengan harga rm20 cenggitu. Tidak. Nak nangis sungguh merasa.

Dalam hati terdetik, baju pasar rupanya yang aku beli. -_-

Untitled-1

Sekali sekala nak merasa ala-ala orang Vietnam dengan membeli pakaian adat dan tradisi Vietnam. Kami sedondon tau. Tapi mama glamour sedikit lah. Saya glamour banyak. Haha menyampah tak?

DSC06441_副本 copy

Di Vietnam, tiada apa yang nak dilawati. Jadi tiada apa yang nak ditunjukkan. Bandar Ho Chi Minh sangat kecil macam bandar Batu Pahat eh tak eh tak. Tetap tak nak jatuhkan martabat Batu Pahat.

Bila round bandar Ho Chi Minh tak ada apa yang indah melainkan church yang besar di tengah tengah bandar.

DSC06446_副本 copy

Ini pejabat pos. Haha nampak sangat memang tak tahu nak bergambar dengan apa dekat sini. Pejabat pos pun pejabat pos lah. Buat-buat jakun walaupun sebenarnya bangunan ini ala-ala macam bangunan Sultan Abdul Samad sahaja. -_-

DSC06483_副本 copy

Ini lah Ho Chi Minh City. Jalan kaki sahaja dah boleh round satu bandar!

DSC06458_副本 copy

Favourite I sekarang adalah membuat koleksi Hard Rock Cafe pelbagai negara. Pegi mana-mana wajib beli baju Hard Rock. Barulah rock!

DSC06465_副本 copy

Nak sangattttt beli kalung ini tapi duit Vietnam dah abis.

Kalung cenggini dekat Hard Rock KL pon ada. Beli kan boleh?

Ramai betul yang tertanya-tanya, setiap kali I pergi holiday pakai travel agency apa? Travel agency itu penting supaya kita tak sesat di negara orang, supaya percutian kita bermakna. Tak adalah kita menyesal kalau terskip tempat-tempat best. Bila dengan travel agency yang betul, kita tak perlu susah-susah nak google tempat-tempat menarik sebelum bercuti sebab semuanya complete.

DSC06427_副本 copy

Poto Travel adalah travel agency muslim yang tidak akan buat waktu solat anda terganggu sewaktu anda bercuti. Best kan? Harga berpatutan sangat, lagi-lagi bila dia buat pakej on sale. Ada banyak cawangan, dekat Johor ada, KL ada, Putrajaya pun ada.

Untitled-1

Simpan duit dari sekarang. Next 2 years nak pergi bercuti ke Eropah dengan duit sendiri pula. Agak-agak time tu dah dapat pakai pakej ikut harga warga emas tak ye?


12 responses so far

« Prev - Next »

| |