Archive for November, 2010

Nov 24 2010

Siapa tak vote, saya cubit nanti!

afieznora

Dah baca kan review tentang mereka di sini? mereka masuk top 10 dan apa lagi, mari lah vote mereka! Siapa tahu nanti mereka baik hati bagi uolls semua enterprem dalam video mereka kalau mereka menang? Takpun, nanti uolls semua dapat jemputan free dalam majlis perkahwinan mereka soon? *eh ada ke wedding invitation yang berbayar?* Heheh. Tak susah, click like dekat sini, love story number 4! Vote sebelum 28 November! REMEMBER HEY GUYS, NUMBER 4!


p.s: Boleh “save as” banner di atas dan sidebanner kalau mahu ikut ikutan promote! I tak buat watermark pun, boleh copycat sesuka hati, tak apa.

8 responses so far

Nov 24 2010

Hey Miss Engineer!

DSC05794_副本 copy

Bukan student Unisel, tapi tersesat masuk dalam hall waktu reheasal. Dengan lagak gaya tanpa rasa bersalah sedikit pun. Lepas itu orang semua khusyuk tengok demo reheasal depan stage, kami bergambar siap pakai flash lagi.

DSC05921_副本 copy

Lelong-lelong handbag murah, handbag murah! Oh ini lah tugas I sebagai PA tidak berbayar dan juga make up artis, okeh anggap sahaja yang convo itu semua artis. Pukul 5 pagi mata masih katup lagi I dipaksa make up kan si artis. Sabar jekla. Dengan tak mandi tak gosok gigi I pergi makeupkan dia. Padan muka bau masam.

DSC05956_副本 copy

Hai ni siapa yang convo ni. Yang kiri dan kanan pula yang terlebih senyum. Haip!

DSC05918_副本 copy

Dikerumuni peminat. *Muntah jom*

Can see me? Sweating like mad. Gila lah panas. Hoa I can’t imagine those girls with baju kurung and graduation gown. Perhhhh.

DSC05950_副本 copy

Okeh part ini memang tak boleh blah. Setiap kali orang tegur, I akan react like “hey! lama tak jumpa!!” Eventhough I sendiri lupa siapa yang tegur. Kadang-kadang kita tak ingat orang tapi we have to act like we know who they are. So here the dialoq between me and her,

She: Hey totin!

Totin: Heeeeeeyyyyy, lama tak jumpaaa!!! *sounds so excited padahal..?????*

She: I suka baca blog you. You tak kenal I pun sebenarnya.

Wokeh kantoi. #$%^&*

DSC06006_副本 copy

Konon konon macam mengenang masa depan lah. Yang kiri mengenang nak kerja mana nanti ye? Yang kanan atas tembok tu mengenang, nak suruh dia belanja saya apa ye nanti? Eheheheeeeeeeeeeeeee

DSC06015_副本 copy

Fulamak ini siapa photographer ni? Siapakah gerangannya? Terbukti tanpa DSLR tetap cun mengancam.

Keluar hall pukul 11pagi siap tunggu sampai petang semata-mata nak sunset warna purple sambil dihiasi dengan pemandangan 2 ketul kayak. Apa-apapun, you’re finally graduating, darling! Good Luck and remember, with the capital E, you are now an Engineer of your career. All the best, my heart of life!

16 responses so far

Nov 23 2010

I love you lah mama!

Published by under Celebrity Oops!

123

Congrats Tomok! 🙂

8 responses so far

Nov 22 2010

Her true love story [CST Production]

Published by under Well-meaning friends.

Tukar sedikit tajuk entry sebab I bukan nak cerita pasal love story diri sendiri apatah lagi nak masuk contest CST Production. Tapi I memang tertarik nak menitik-nitik air mata terharu membaca kisah cintanya. Eceh.

Back to 10 years ago punya cerita, dia adalah peminat setia sebuah band boy yang terkenal dan digilai perempuan tetapi dibenci lelaki. Band boy apa tak payah cakap pun dah tahu siapa. Hik-hik. Okay respect sebab dia setia meminati artis berkumpulan ini sehinggalah sekarang, dan sekarang dia dinobatkan sebagai penaung NBians, nama fans club artis tersebut. Eh kantoi lah artis itu siapa. -_-

Okay whatever. Minat punya minat akhirnya dia sangkut dengan salah seorang anggota kumpulan tersebut.Mula lah dia memasang strategi mengorat salah seorang anggota kumpulan tersebut yang masih single. Tak tahu lah macam mana dia ngorat artis, dari dulu saya ngorat Farid Kamil tak berjaya pon. Eh eh lari cerita.

I sempat lah juga tahu sedikit sedikit bibit bibit ngorat mengorat mereka. Waktu dulu dah sempat nak couple aleh-aleh artis itu pergi begitu sahaja. (Ala biasalah artis kan? kan? kan? ) Upssss. Okay lepas itu mungkin artis itu sedar cinta itu kalau nak lari mana-mana pun tak boleh. Cinta tetap cinta. Cuma kawan saya sahaja yang boleh memahami dunia artis macam mana. Yelah kau dah 10 tahun dia ikut kisah hidup artis kumpulan tersebut kan segala selok belok artis dia tahu.

Dan akhirnya bila mereka disatukan (eh bukan kahwin, tetapi akhirnya artis tersebut come and say I love you) Awwww I was the happiest person kot. Biasalah aku ni kan selalu terlebih excited kalau orang bercinta tapi diri sendiri tak jumpa cinta. Eh nak buat cerita sedih tiba tiba pulak.

Mereka memang sweet. Very the sweet lah. She don’t even care what people think and might wanna say. Nak kejar glamour, that’s bullsh*t. Mereka sangat matang dalam percintaan, do respect each other, and US. Mereka tak akan menggedik-gedik depan orang ramai macam dunia ini milik kita berdua. Euw memang nak kene lempang orang cenggitu.

PA160735_副本

Sepilu macam mana pun percintaan lalu kita, suatu hari nanti akan ada orang datang dan bagi kita kebahagiaan. Macam yang mereka alami. Cepat kahwin kakak Nora and abang Hafeez! ;p If you want to read the full story about them, then click on of the images, and it will redirect you to another page with their complete TRUE story. 🙂

Ramai dah heboh tentang video dari CST Production. Video perkahwinan dalam kolam renang si Hazriq dan Nurul adalah salah satunya. Nurul’s sister is my friend. So bila tengok video tu ternampak watak kawan saya naik turun tangga, terasa seperti eh eh eh macam kenal je minah terkedek-kedek itu. -_-

Yang ada pasangan, tak kisah la sedang bercinta, berkahwin atau bertunang yang berminat untuk join contest dan merakamkan detik-detik percintaan mereka boleh baca details dekat facebook CST Productions.

10 responses so far

Nov 20 2010

Tips for contact lens wearers!

Published by under How to look beauty?

Kalau nak beli contact lens, carilah yang disahkan SIRIM. Eh tak tak, maksud I, contact lens yang disetujui Optometrist. Beli contact lens di kedai cermin mata bukan di kedai accessories, di laman web internet yang tak tahu asal usulnya. Tak apa bayar mahal sedikit, janji tak buta.

Untitled

Terima kasih. Ada juga idea nak update blog.

Ramai orang takut nak pakai contact lens sebab mereka fikir memasukkan sesuatu di dalam mata itu adalah sesuatu perkara diluar tabii. Ada yang takut kerana kebutaan akibat memakai contact lens. Buat apa kita nak takut kalau kita pakai dengan cara yang betul?

Tepat sekali!                                 Salah

  1. Kita selalu tak tahu yang mana satu atas, yang mana satu bawah? Akibat memakai contact lens terbalik.. erm sebenarnya tak ada effect sangat tapi kalau kita perasan, ilusi yang kita nampak macam lain macam sedikit (hard to describe). Akhirnya kita akan pening kepala. Pastikan lens yang kita pakai itu berbentu U masa letak dekat hujung jari. Kalau ade kelepet-kelepet tu maksudnya tak betul lah posisi kanta kita.
  2. Sebelum memakai lens, CUCI TANGAN. *ek eleh, semua orang tahu* Tapi jangan cuci tangan siap dengan sabun wangi 44 kali. Tak perlu nak sabun wangi wangi bagai. Pewangi pada sabun itu ada chemical substance, tak bagus untuk mata.
  3. Pakai lens pada mata yang sama. Contohnya lens A pakai dekat mata kiri, lens B dekat mata kanan. Sampai matilah lens itu dipakai pada mata yang sama. Eh takkan nak pakai lens sampai mati. 3 bulan sahaja ganti lens lain ok?
  4. Lenses hendaklah disimpan di bekas khas. Bukan bungkus dalam tissue. -_-
  5. Kadang-kadang, kita jenis jarang pakai contact lens. Pakai ikut mood je (sayalah tu). Tapi, penjagaan contact lens tak boleh ikut mood. Kena sentiasa bersihkan rendaman air MPS (Multi-purpose solution) setiap minggu. Make sure bekas penyimpan lens pon sentiasa dibersihkan supaya bacteria tak berkampung dekat situ.
  6. Kuku yang panjang adalah berisiko tinggi bacteri menghidup. Jadi pastikan kuku bersih, pakai/ lepaskan lens dengan hujung jari, bukan dengan kuku ye kawan-kawan.
  7. Don’t share your contact lenses with anyone, ever! Sharing lenses can spread microorganisms and infections. Eeeee tak nak saya.

DSC05395_副本 copy

I memang tak pakai lens pergi kerja, sebab I tahu dekat hospital banyak bacteria.

Jadi kita boleh fikir, dekat mana sesuai pakai lens, dekat mana tak sesuai.

A.M.A.R.A.N!

# Kalau nak pergi hutan belantara pun nak pakai contact lens kau buang tebiat ke apa?

# Kalau nak pergi memasak di dapur buat apa nak pakai contact lens? Nanti lens cair sebab kalah dengan bahang panas. Ada berani?

# Bila mula pasang lens, mata terus terasa pedih dan tak selesa, cepat cepat keluarkan! Jangan biarkan sampai mata merah-merah berair pula. Tanggalkan lens, cuci semula untuk hilangkan kotoran degil. Bila dah cuci, pakai lagi. Barulah selesa sedikit. 🙂

# Bila lens tiba-tiba terjatuh dari mata, jangan kutip balik, terus letak dekat mata. BEGOK namanya! Cuci dulu! cuci dengan MPS!

# If you experience eye redness, eye pain, or develop other unusual symptoms, see me immediately! Eh salah. See any doctors pon boleh. ;p

30 responses so far

« Prev - Next »

| |