Archive for August, 2010

Aug 23 2010

Tak boleh mengeluh. Haip!

Published by under I'm just rambling.

Apabila lappy rosak, semua benda tergendala. Watermark pun hilang. Tak apa. Nanti boleh ganti yang baru. Tak apa, bulan puasa kena bersabar. Lepas itu menggelabah buka photoshop lain macam. Buka paint lain macam. Microsoft Words pun tak tahu dekat mana. -_-

Okaylah mengantuk. Nanti esok update lagi. Eh tak. Esok on call damn it. Lusa lah baru boleh update kalau cenggitu.

IMG01274-20100820-1713_副本blog

Saya kadang kadang serious

IMG01262-20100820-1710_副本 copy

Kadang-kadang jadi cenggini.

11 responses so far

Aug 19 2010

Facial foam untuk kulit sensitif!

Published by under I'm just rambling.

Bila ditanya facial foam apa yang sesuai untuk kulit sensitif, kulit yang mudah merah dan berjerawat, kulit yang degil macam orangnya juga -_-, susah betul I nak jawap. Setiap orang mempunyai jenis kulit yang berbeza. Tak sama. Kesihatan kulit bergantung kepada genetics dan nutrition kita seharian.

Tapi kalau tanya I apa sabun pencuci paling selamat, berkesan, tidak akan menyebabkan skin irritation, dan digunakan oleh doktor kulit untuk patients yang mempunyai masalah kulit berjerawat, adalah pencuci muka Skinese. Botol dia simple sahaja macam pencuci muka cikai, harga memang sangat murah tapi tak perlu diragui lagi, saya tak tipu. Ini memang facial foam yang dijual oleh doktor kulit dengan harga yang melambung lambung padahal kalau beli secara langsung, harganya hek ele..

Cuma dijual di Indonesia. Siapa mahu? Tulis dalam buku dulu. Kumpulkan apa barangan yang nak di order. Nantikan entry I seterusnya untuk list harga dan cara memesan. Wah tiba-tiba jadi penjual barangan kecantikan pulak. -_-

Posted with WordPress for BlackBerry.

22 responses so far

Aug 17 2010

Pakaikan baju baru untuk Blackberry anda!

Published by under Ladies & Gentleman!

IMG01194-20100808-1051_¸±±¾

I memang sangat suka memakaikan baju untuk bebe I. Hari ini baju putih, esok warna kuning, pink, hijau, Eceh macam banyak sangat je baju bebe I. Bebe adalah satu-satunya yang sangat I sayang. Berbagai bagai rintangan untuk mendapatkan bebe ini. -_-

3

Kalau suruh I comment tentang bebe, personally I memang lebih tertarik dengan babe daripada Iphone.

  1. Mestilah sebab bebe sejenis QWERTY. Iphone pakai sentuh sentuh jari memang sangat menguji kesabaran kalau nak sms laju laju.
  2. Bebe lebih menarik jika kawan-kawan sekitar pakai bebe. Sebab boleh bbm free. BBM itu semacam message/chatting. Sangat sesuai untuk I yang bekerja dan memerlukan banyak text. Kalau patient emergency tak payah nak sms sms cari phonebook eh siapa eh apa nombor dia? Kita tekan sahaja ‘WHOI PATIENT KO NAK MENINGGAL NI CEPAT DATANG SINI!’ Dengan segera kawan akan dapat pesanan kita.
  3. Free call memang tak ada. Tapi ada free voice note. Sekadar note kecil sahaja. Semacam cakap ‘I love you sayang, good night!” sebelum tidur itu bole lah. Tak perlu nak call bayar bil mahal mahal semata-mata nak cakap good night setiap hari.
  4. Nak MMS gambar? Mahal kot kalau setiap masa kita keluar, kekasih sibuk suruh mms gambar sebab tak percaya dekat kita keluar dengan siapa. BBM boleh melakukannya tanpa memikirkan harga credit kena tolak lah apa.
  5. Mesti nak comparekan dengan iphone yang banyak software itu ini. Heh jangan pandang rendah pada BB applications semakin banyak. Paling I suka, sekarang BB dah ada application untuk drugs prescription. Maksudnya, kalau I blur tentang ubat, boleh search dekat bb. Yeah.
  6. Tak akan rasa boring dengan bb sebab internet 24jam. Facebook 24jam. Twitter 24jam. Update blog 24jam pun boleh.

Eh I bukan nak buat promosi blackberry. I nak promote baju blackberry. I tak suka ubah whole blackberry punya badan dan tengkorak sebab nanti hilang guarantee. Kesian keaslian bebe I. I akan promote baju baju cantik untuk blackberry anda.

Powered by BannerFans.com

I nak promote barang jualan cousin I. Promote tanpa berbayar. Cis bukannya nak bagi I baju blackberry free ke apa. Untuk sesiapa yang berminat mencantikkan baju blackberry anda, boleh berkunjung di http://dressyourgadget.blogspot.com . Anda semua boleh order casing blackberry, Iphone, Ipod, baterry blackberry dengan harga yang sumpah murah.  Nanti akan rasa macam nak menjerit jerit nak beli Iphone case lah blackberry case lah walaupun sebenarnya tak ada Iphone pun. -_-

Cantik tak cantik tak? Tolong bantu I pilih yang mana satu nak beli. Alamak rambang mata betul.

Ps: Yang dari Indonesia, kawan-kawan Jogja, kalau nak kirim pun boleh ye. Nanti I balik Malaysia I belikan. Eh kejap kalau cakap melayu bukan nya diorang faham pon.Ehem ehem tukar intonasi sekejap. Teman-teman, Kalo ada yang suka, bisa minta order lewat aq yah! Ntar tak beliin deh. Tapi aga lewat dikit. Mungkin oktober ato november gtu baru dapat. Okeeeee?

25 responses so far

Aug 15 2010

Kutil, nyah kau dalam hidupku!

Published by under How to look beauty?

123

Bila tiba-tiba ada daging kecil tumbuh, atau tiba tiba kulit kita rasa keras kecil kecil, kita akan merasa OMG OMG apakah ini! Lepas itu kita mula lah gelabah nak buang bintil itu. Ambil cepit kuku, konon kamikaze, cungkil sendiri. Dengan harapan bintil itu bilang. Aleh aleh esok tumbuh lagi. Makin besar pula. -_-

Bila kawan kita ada bintil itu. Kita pegang pegang. Eh apatu? Eh peliknya apa benda ini? Kita cuil ciul. Esok bangun pagi, kita pula yang kena bintil yang sama. Masa itu nak sumpah seranah pun tak guna.

Kalau kita tumbuh kutil, jangan dibuang! Sebab semakin kita buang lagi-lagi dengan pakai cepit kuku, kutil akan semakin tumbuh merebak dan membesar. Jangan kita sentuh sentuh kutil kawan kita, sebab nanti akan merebak dekat kita. Sebab itu sejenis virus!!!

plantar-warts-150x150

kutil_datar_pipileher

Memang mengganggu kepercayaan diri kalau dah tumbuh benda macam ni. Tak payah rasa down, frustated, dengan kutil yang tumbuh bila I cakap jangan dibuang kutil itu sendiri. Kalau I tulis blog, maksudnya ada cara untuk membuangnya. Pakailah ubat-ubatkan topical yang mengandungi anti keratolytic, Salicylic acid 40% memang berkesan!

2528225

Collomack ini mengandungi salicylic acid 40% yang berfungsi mengikis lapisan kulit bahagian atas sehingga menjadi nipis sampai akarnya sehingga kutil kita hilang. Disebabkan dia menipiskan kulit kita, jangan pakai benda alah ni ditempat kulit normal kita. Jadi caranya macam ini, kalau kutil kita tumbuh di wajah, kita ambil selotep. Dekat selotip tu kita potong bahagian tengah, buat bulatan. Dan kita selotip dekat kutil kita. Bahagian kutil kita masukkan dalam bulatan selotip, kasi kutil itu expose. Barulah kita sapu collomack ini. Faham tak? Maksudnya kita tak akan risau dengan kulit sekitar sebab dah letak selotip, pastikan betul betul Collamack kena di muka.

Ada ura-ura cakap Collomack dah susah didapatkan di Indonesia. Kalau dekat Malaysia, I tak pasti. Jadi I bagi beberapa product lain yang sama dengan fungsi collomack .

648_pd877719_1 1741647_p1250318

Yang mana satu pilihan kalbu? Kalau still tak ada di pasaran Malaysia, cakap dengan makcik farmasi tu,

SAYA NAK APA APA PRODUCT YANG ADA KANDUNGAN ACID SALYCYLIC 40% FAHAM TAK MAKCIK?

P/S: Sebenarnya nak menghilangkan kutil mengambil masa yang lama. Kalau nak hilang secara cepat express, boleh datang berjumpa specialist kulit untuk buat rawatan laser menghilangkan kutil. Tak sakit. Betul! Nanti disuntik dengan ubat bius dahulu. Rasa geli-geli jeee ;p

15 responses so far

Aug 14 2010

Usus

Published by under Don't sue me!

Bila pegang usus in real, terasa macam pegang ikan belut yang masih hidup. Susah betul nak grab usus sebab licin dan degil. Bila dah berjaya grab, terasa macam nak.. Eeeee nak genggam kuat kuat sampai pecah, tapi tak boleh. Itu usus milik orang.

Bila kita explore usus, mencari tahu punca penyakit di usus, kita akan keluarkan semua usus. Bila dah berjaya menemui usus yang dah berlubang, kita jahit balik lubang tersebut, kita masukkan usus balik secara amburadur sahaja. Tak perlu nak susun, duedonum disini, usus besar disini, eh ini usus belah kiri, ini belah kanan.. Tak perlu susun macam lego! Nanti usus itu akan susun sendiri secara automatik di dalam abdomen kita. Besar sungguh kuasa Tuhan.

Alat membedah memang banyak. Setiap part ada gunting dan pemotong sendiri. Tak boleh hentam semberono sahaja.

Gambar diri sendiri jangan dilupakan!

Posted with WordPress for BlackBerry.

10 responses so far

« Prev - Next »

| |