Archive for July, 2010

Jul 22 2010

Lagi lagi tips, lagi-lagi tips.

Published by under How to look beauty?

Sunblock itu penting kah? Penting lah ngok. Mungkin orang akan cakap, alah saya tak mahu putih. Saya menerima kulit saya apa adanya. Saya tak perlukan sunblock. Haip. Salah tu. Sunblock bukan mengelakkan kulit gosong (hangus terbakar), tetapi sunblock atau pelindung matahari ini digunakan untuk mengelakkan kulit kita dari terkena sinar matahari. Ya Iyalahhh!

Haha okay semua berkerut je baca intro. Persepsi salah, penggunaan sunblock bukan sahaja untuk mencerahkan kulit kita tetapi mengelakkan kulit kita daripada cepat berkerut, jeragat, kulit kusam, seterusnya mengelakkan cancer kulit! Jangan pandang remeh!

Kadang-kadang kita tak tahu apakah sunblock terbaik buat muka. Boleh ke lotion sunblock itu dipakai di muka? Jawapannya BOLEH. Tetapi nanti muka akan berminyak-minyak dan sticky macam gitu. Euww. Melekit!

Face Sunblock Cream memang banyak. Tapi untuk adik-adik sekolah, takkan nak minta mak belikan face sunblock cream dari Clinique dengan harga RM100++ padahal isi dia cuma sunblock yang sama dengan apa yang diberi oleh doktor kulit? Kalau dekat sini, I beli dengan harga Rm18.

IMG01127-20100722-1845_¸±±¾

PARASOL SPF 33

FACE SUNBLOCK CREAM

Selain sebagai krim pelindung cahaya matahari, Parasol mempunyai Aloe Vera dan Vitamin E. Dapat melindungi kulit dari cahaya matahari dan sekaligus menjaga kelembapan kulit sehingga tetap lembut, halus, dan tidak kering. Ayat ketat sahaja. Nampak sangat copywrite daripada kotak bungkusan. -_-

Okay yang paling bestnya, Parasol ini dapat dijadikan sebagai make-up base. Warna dia yang cokelat ala-ala warna kulit kita dapat dijadikan sebagai ala-ala liquid foundation gitu. Hah, sangat sesuai dipakai sehari-harian!

45 responses so far

Jul 21 2010

Menjadikan anak pintar.

Published by under I'm just rambling.

Cara belajar yang paling bagus untuk anak-anak kecil adalah membaca dan menghafal. Bukan menulis. Ingat, tak payah susah-susah penat-penat belikan pensil untuk anak 3tahun semata-mata nak suruh anak belajar menulis. Tak penting. Nanti end up dengan menconteng dinding. Anda juga yang stress.

Umur 5 tahun I dah pandai mengeja. Setiap sign board dekat tepi jalan I nak eja. Lepas itu frustated marah-marah my dad sebab bawa kereta laju sangat, tak sempat nak mengeja.

Two liki-liki (little kot?) birds sitting on the wall
One name Peter, one name Paul
Fly away Peter, fly away Paul
Come back Peter, Come back Paul
Hah, lagi ke?

Hah siap ada part, Hah lagi ke? Ini dia Noor Nazurah Amani my lil sister. Mulut becok rasa nak selotip je.

18 responses so far

Jul 20 2010

Hey to all Blackberry users!

Published by under I'm just rambling.

Untuk pengguna Blackberry, setiap kali nak snap gambar mesti akan bunyi *kceklek*. Kalau kita godeh-godeh sampai lunyai pon tak akan jumpa ‘mute’ symbol untuk menghilangkan bunyi yang menyemakkan itu. Kalau kita silent blackberry itu pun, masa snap gambar tetap berbunyi.

DSC04769_¸±±¾


Bagaimana nak mute bunyi sewaktu sedang snap gambar menggunakan Blackberry?

Lebih lebih lagi bila ada brader handsome sedang makan depan mata. Nak snap gambar curi-curi pun susah. Mula-mula kita..

  1. Download application ini di blackberry anda, Http://bit.ly/2xwyhf
  2. Install
  3. Tekan MUTE!
  4. DONE! 🙂

Senang bukan? I hope this is helpful to all blackberry users. So yeah, mari kita ambil gambar curi-curi lepas ini!

Credit to: Wenkt

17 responses so far

Jul 19 2010

You don’t have to live with your scar!

Published by under How to look beauty?

Bertemu kembali di rancangan kesihatan kulit! Wah nampaknya ramai sekali yang berminat untuk menjaga kesihatan kulit sekarang ini. Apa lagi, dah bersiap sedia dengan tips kecantikan Dr. Totin? *Eceh ada gaya host rancangan tv tak?* Muntah jom!

Kali ini, I akan bagi tips menghilangkan scars! Bukan sahaja scars akibat jatuh tergolek, tapi boleh juga digunakan untuk scar selepas pembedahan especially for those yang buat caesarion section sewaktu melahirkan, scars akibat masak memasak kemudian minyak panas terpercik dekat tangan lalu tidakkkkkkkkk!!! tanganku cacat……, scars dari bekas-bekas jerawat yang degil, dan paling annoying, stretch marks akibat bekas baru melahirkan atau stetch marks di bahagian peha akibat kejap gemuk kejap kurus.

Kalau jadi perempuan, scars macam gini kadang-kadang boleh mengurangkan selera sang suami. Menjadi yang terbaik untuk suami itu satu pahala. Untuk yang belum bersuami, scars macam ini sedikit sebanyak boleh effect dekat wang hantaran kita. Elok-elok hantaran kita rm10,000 aleh-aleh kena kurang rm500 sebab ada scars dekat lutut. Eh eh acah je. Jangan lah ambil serious pulak.

Kadang-kadang, bila kita pergi ke private skin clinic, kita akan diberi ubat gel yang dimasukkan ke dalam bekas khas dari clinic tersebut. Kita pun tak tahu apa isinya. Itu trik nama nya. Trik untuk doktor menjadi kaya. *ngeh ngeh ngeh* Supaya patients akan sentiasa beli ubat dengan doktor, tak beli sendiri di luar sana.

Mari I bagitahu rahsia, itu ubat apa?
IMG01117-20100719-1437_¸±±¾

Dapatkah di Farmasi berdekatan.

MEDERMA SKIN CARE FOR SCARS.

Untuk scars yang baru, seletkan 3-4 kali setiap hari selama kurang lebih 2 bulan. Tapi kalau bekas luka yang lama, kena selalu pakai sehingga kurang lebih 3 hingga 6 bulan tergantung skin regeneration kita macam mana.

Yang penting, jangan putus asa.

Takkan lah baru pakai 5 minit terus lihat scars,dah hilang ke belum?

Cepuk kang!

DSC04775_¸±±¾blog

Syukur, I tak ada masalah parut di kaki, tapi parut di hati.

Eh sempat lagi nak bermadah.

39 responses so far

Jul 18 2010

Pabila mereka disisi.

Published by under Camera whore genes!

DSC04731_¸±±¾ copy

Cinta hati mokmokmokmok

DSC04725_¸±±¾ copy

Ini Amani. Mulut dia becok sangat-sangat, sama macam Amani dalam Adamaya.

Tapi ini Amani versi rambut meggi.

DSC04746_¸±±¾ copy

Lazatnya sehingga mengembangkan lubang hidungku.

DSC04745_¸±±¾ copy

Kami makan besar, kami makan besar!

Abg Shake jangan jealous!

DSC04760_¸±±¾ copyDSC04766_¸±±¾ copy

Beli baru

Mata sudah layu

Saya masuk tidur dulu

Tata Titi Tutu

!!

22 responses so far

« Prev - Next »

| |