Archive for June, 2010

Jun 21 2010

Jerit Goal bila bola melebihi tiang gol!

Published by under Don't sue me!

Yang excited bila tengok bola ramai-ramai ni, kemudian GOAL! Menjerit macam nak tertanggal anak tekak. Bila barisan penyerang dah nak menyerang, kita punyalah menjerit padahal tak faham pun. Yang I faham dalam sesuatu game bola sepak itu, apabila bola masuk dalam jaringan goal, maksudnya score lah itu. Kalau bab off side, yellow card, red card, atau apa apa undang-undang padang bola, yang itu I memang ternganga? Kenapa Kaka kick off padahal tak kena siku pun? Eh tak fahamlah.


Pom-pom Girls. wtf? Hah terkorek-korek almari I semata-mata nak cari baju merah.


Haruslah ada close-up muka sendiri.


Tak penting lah apabila Kaka kena kick off, Korea malu kena 7-0 dengan Portugal, Italy dan England asek draw sahaja, Scorer Argentina handsome siot.. eh yang itu lagi lah penting. Yang paling penting sekarang, Team Dokter Muda menang semi final 4-2 melawan team medical student batch 2007.


Kalau pemain Italy, ada yang bernama Pepe, Pemain team dokter muda bernama Kote.
Grr nasib baik lah kau Indonesian dan tak faham maksud Kote itu apa. Dimaafkan. Dimaafkan.

Final, Jumaat 6.00pm. I kerjaaaaaaaaaaaaaaa. -_-

23 responses so far

Jun 20 2010

Eyelash curling secret

Published by under How to look beauty?

Dari mata turun ke hati.

Kalau mata tak menawan, macam mana nak buat orang tertawan?
.

Masalah orang sekarang ini adalah bulu mata pendek, tidak lentik dan tidak menawan. Nak pakai bulu mata palsu, leceh! Macam orang cacat pula kalau pakai bulu mata palsu hari-hari pergi kerja. Tapi Kenapa bulu mata I lentik, padahal I tak pakai fake eyelashes pun??

Pernah cuba permanent eyelash curling tak? Dengan lakukan wave eyelash ni mata kita akan kekal lentik setidaknya dalam 2-3 bulan. Tak perlu nak sepit bulu mata sebelum pakai mascara. Tak perluuuu! Tak perlu pakai mascara pun tak apa! Sebab 2-3 bulan mata kita meliuk lentik.

Khidmat membuat wave eyelash ini sebenarnya ada sahaja dimana-mana pusat kecantikan. Kadang-kadang itu kita sahaja yang tak perasan. Buat dia ala-ala macam kita perm rambut. Mula-mula kita bersihkan bulu mata, kemudian kita pasang roll bulu mata dan letak gam khusus bulu mata supaya roll tersebut tak jatuh. Kemudian ambil cotton buds, seletkan ubat perm bulu mata, biarkan 30 minit dan neutralizer dibiarkan 15 minit. Untuk mengelakkan bulu mata gugur, bagi sedikit vitamin. Untuk buka roll bulu mata, buka pelan pelan dengan letak sedikit baby oil.


Ini lah dia roll bulu mata. Cheh masih sempat lagi nak bergambar.


Taraaaa. Lihatlah bulu mata ku!

Tak perlu make up touch up mata, tak perlu pakai mascara, mata sudah indah. Ewah indah lah sangat!

Nota kontot: Eyeslash curling ini cuma berharga sekitar RM15(Rp35k) sahaja. Kalau dekat Malaysia I tak tahu lah berapa ringgit ye.

10 responses so far

Jun 17 2010

Doctor pon sakit?

Helo helo. I bukan robokop! Mestilah doctor pon boleh sakit juga. Tapi soookey. I demam yang sudah dijangka. Dalam hati dah berkata, lagi 2 jam I akan demam. Hah betul. 2jam setelahnya I demam!

Sebenarnya demam I adalah effect daripada vaccine yang I ambil. I ambil 3 suntikan vaccine sekaligus. Hebat tak hebat lah kan.

Vaccine Hepatitis B yang ke 4 di lengan kiri. I memang rutin ambil vaccine Hep B mengikut jadual. Resiko penyakit ini sangat tinggi lebih-lebih lagi untuk orang yang kerja dengan darah ni kan, jadi pencegahan itu penting! Eceh. Ni apasal tiba-tiba nak berkempen pulak ni?


Ambil darah untuk check HBsAg di lengan kanan. Hwaaaaa dengki betul lah siapa yang cucuk I ni. Blood vessels I obviously dekat superficial dan jelas sangat, boleh pulak salah suntik sampai darah tak keluar. Kalau tau I suntik sendiri. blugh..

Vaccine ketiga dekat my cute ass, heh takkan nak tunjuk gambar? Itu adalah vaccine Varilic, untuk pencegahan penyakit Varicella (Chicken Pox). Maklumlah, I dari kecil belum pernah kena chicken pox. Ke hulu ke hilir dekat hospital, kalau tiba-tiba terjangkit Chicken Pox dari patients, habis rosak reputasikuuuuu! -_-

Jangan lupa ambil vaccine untuk kekebalan tubuh kita terhadap penyakit membunuh! Terutama sekali untuk yang sudah berkahwin atau akan berkahwin, anda tahu tak dengan berhubungan seksual akan memudahkan virus Human Papilloma Virus (HPV) bersarang dekat rahim kita? Sekarang ini dikatakan 3 dari 4 orang yang melakukan hubungan seksual akan mengalaminya. Hah seram tak?  Jom ambil vaccine HPV untuk pencegahan penyakit cancer rahim! Kita mahu umur 50tahun diserang cancer rahim?

OH NOOOOOOO!

16 responses so far

Jun 15 2010

Ada hantu..

I’m tired but I can’t sleep. Hoh I rasa something macam sepoi-sepoi angin berbunyi. Bilik itu tak ada tingkap tapi ada bunyi angin yang sepoi sepoi.( Sressssssss sriuessss eh macam mana bunyi angin? ) Pelik kan? I can sense someone in that room, it’s scary hey. Macam bisik-bisik tapi tak dengar dia cakap apa. Susah sangat nak tidur sebab rasa semacam. A feeling that is very difficult to explain. Dalam hati tetap sahaja berfikir ‘Alah mengarutlah.Lebih baik tidur.’ Eh I kalau dah mengantuk, memang tak peduli alam sekeliling.

Minggu ini, I dengar cerita, ada orang nampak @#$%^ di dalam bilik itu. Mulai sekarang, on call kena 2 orang disitu. Tak boleh seorang-seorang sebab ada #$%^&. Wah. Instinct I rasa masa itu betul lah ye? Bilik itu memang seram lah ye?

I siap ambil gambar lagi dalam bilik itu sebelum tidur. Remember this entry? Nasib baik tidak keluar jelmaan apa-apa mengesot dari bawah!

Nota kontot: Kerja tempat macam ini memang tak boleh lari dengan benda-benda macam ini.


Seram tak? Seram tak?

Tak seram ke? 🙁

Hmm tak pelah.

17 responses so far

Jun 13 2010

How to overcome stress?

Yeah, all stress is created by mind and the ability to overcome stress is also created by mind. Setiap orang ada cara sendiri untuk overcome stress. Lagi-lagi if someday, our wishes have turned on the other way around siapa tak bengang hey!



I tertarik dengan video ini. Mereka rasa tertekan tinggal di asrama kerana tidak dapat ikuti World Cup matches sehingga melakukan cara-cara tersendiri untuk melepaskan stress. Kah kah kah kelakar betul. Begitukah kalau lelaki sudah stress?

Tapi setelah I rewind play rewind play

Baru I sedar

rupa-rupanya

..

.

Ya Allah ya Tuhan ku, budak comel perut labuh tu adik sepupu I rupanya. Bawak-bawak mengucap. Subhanallah.

Kuuuus semangat! Kenapa lah boleh terencat macam itu sekali. Sedih mak dikampung. -_-

Okay dah tak tahu nak kata apa.

Tak abis gelak lagi ni.

Hahahahahahah.

p/s: Family Tok Timah, it’s amazing funny. You should watch it!

8 responses so far

« Prev - Next »

| |