Archive for May, 2010

May 22 2010

Kenapa tidak update?

Published by under Don't sue me!

Sebab I sibuklah. Faham? Jangankan update, nak makan sesuap nasi pun mencuri-curi waktu. Hah begitulah I dah cakap I tak suka anaestasi. I tak suka bila ada halangan waktu tidur dan waktu makan. Itukan kegiatan wajib sebagai seorang manusia. Kenapa perlu ada halangan? Sungguh tidak berperikemanusiaan. 🙁


Kalau operation 1.. 2 jam boleh maafkan lagi. Tapi kalau dah sampai 5 jam, memang I buat muka betul lah. Sebagai dokter bius pula, kerja kami memastikan patient dari keadaan sedar kepada tidak sedar. Hah kalau operation 5jam, kena extra 1jam untuk kami make sure patient betul-betul sedar dan boleh menghitung 1+1=2, 2+2=4, 3+3=6 eh eh terlebih pula.

3 budak nakal. Like seriously. Kami rasa kami sangat nakal dekat anaestasi ni. Dahla orang selalu cepat-cepat pergi operation room untuk persiapan patient, tapi kitorang lepak-lepak breakfast and just let the patient yang tunggu kita. Haha.

Bila surgeons sedang membedah, dokter bius buat apa? Hah macam gini lah. Kita ambil gambar surgeons. Nasib baik handsome handsome belaka jadi bersemangat sikit kami nak bertugas. Amboi-amboi. Ni gambar operation 5 jam, yang I bengkek abis. Dari pukul 5petang sampai pukul 10malam. Selepas itu, patient ade problem respiratory distress so kami doctor bius ade problem la pulak kena handle dia. Bawa lari dia ke ICU dekat 2jam lebih untuk monitor. Sampai pukul 12 malam. Kemudian sambung operation kedua, Appendicitis pula. Gubrakkkk. Mata rabak. Rabak habis. Besoknya kerja seperti biasa pukul 6.30pagi sampai 4petang. Adik-adik yang bercita-cita nak jadi doktor, kena think twice lah ye!

Ni bukan pakaian tukang masak ye. Ni lah budak cacat yang sedang mencari waktu menghiburkan diri sendiri. -_-


Inilah alat yang kami gunakan untuk bius secara inhalation. Sedut lah maka anda akan flyyy flyyy away. Weh bahaya tau benda ni. Highlight: Untuk sesiapa yang abuse dengan “laughing gas” or orang ilmiah panggil N2O, hah tengok la mesin tu kami guna dengan monitor untuk dose yang betul. Kau orang senang-senang je hirup lepastu ketawa sorang-sorang. Ketuk kepala nak? Besok hirup lagi, terus overdose tak bangun sampai bila-bila. Jangan jumpa doctor Anestesi lah ye. Kami malas nak layan. Eceh emosi.

Yang mana satu, pujaan kalbu. Ada macam-macam size ni. Siapa patient paling nakal, I suntik pakai jarum yang paling besar. Haaaa. Ayo tata yo.

Taraaaaaa. Kami adalah team Anestesi (doktor bius) yang berjaya! Excited betul kami sebab success intubated patient depan specialist (it’s something like our skills exam untuk pass this department lah) Actually, masa gambar diambil, still ada patient kedua kami sedang operate di depan mata. Hah sempat lagi suruh doktor yang bertugas tu..‘Doc, tolong ambilkan gambar!” Memang tak malu. Okay bye.

21 responses so far

May 16 2010

What’s wrong with my English?

Pelik ye, kenapa kalau kita buat kesalahan bahasa english, mesti dipertikaikan. Kenapa kalau I salah dalam bahasa melayu, tak ada pula nak tanya ‘Hey, macam ni ke Bahasa Melayu dapat SPM A1?’ but they would rather asked you, ‘Hey, macam ni ke English dapat A1?’ .Oh, whatever.

I bukan nak berlagak, sombong, poyo nak mampus. I don’t have to prove myself, because I know my ability. I admit that I’m not good in English. Ada aku kesah? Memang kadang-kadang I salah taip, salah eja, kadang-kadang I confused. There are words in English that I sometimes confused or even forget about the correct spelling cause I sometimes switch it into a simpler one and with those words that have double consonants macam tu.. Faham-faham lah kan that normally, we get confused about English words, even native speakers too.

and so yeah, I bukan nak jadi pakar bahasa atau guru TESL. So I don’t really care about that.

Well kalau kenal I in person pon, I memang ada masalah bahasa sedikit. Not just in English yang dijadikan masalah.Sampai sekarang I tak tahu mana satu betul, “Bertudung litup ke bertudung lingkup?”, Err macam mana nak eja telivisyen? televesyen? telivision? Oh ok tak tahu. Macam Dylla tegur I before this, sakit ‘sengal-sengal badan’ bukan “sendi-sendi badan”. There. Kalau teliti banyak betul bahasa Melayu I pun berterabur juga. Dan kadang-kadang I pun keliru, ini bahasa Melayu ke bahasa Indonesia?

But it’s okay. Tak effect my profession pon. Asalkan ubat-ubat, the treatment, diagnosis semua tak berterabur tak apalah.

Satu pesanan.

Tak baik menjatuhkan orang sesama Melayu. Sesama bangsa. Jatuhkan barang pun tak elok, inikan nak jatuhkan sesama manusia? Erkk. Macam mana bangsa nak maju? Kalau salah tolong tunjukkan. Bukan tolong jatuhkan. You got it? None of us are perfect. Even if you say that you are a literate person or has the highest rank in class, you still commits errors like these. Tepuk dada tanya selera. Tak elok tau perangai macam tu. Eppp.

Kalau masih tak puas hati lagi dengan result exam SPM I, boleh email pengetua Temenggong Ibrahim Girls School (TIGS),Batu Pahat untuk result SPM tahun 2003, kelas 5 Sains 1. Sorry slip result I tertinggal dekat Malaysia, tak dapat nak scan dekat sini. :)

Bye bye HATERS,

I love you lah!

30 responses so far

May 13 2010

Jom masuk hospital.

Published by under Don't sue me!

Ayoh ikut I jalan-jalan di hospital. Hayati sedikit kehidupan I yang sangat tidak ada life.


I on call hari ini. Shift jaga I adalah menjaga ICU (Intensive Care Unit) -_-. Memang tak best. Nama pun ICU mesti kita dah dapat bayangkan patients dalam itu semua yang tak sedarkan diri. Koma. Mesin cucuk sana cucuk sini. Nafas pun pakai alat pernafasan.


Sepanjang masa kena monitor sahaja. Oh pakcik itu nurse ye. Paling I tak suka bila on call then lepas itu kena jaga seorang-seorang. =( Blur betul tak tahu nak buat apa. Bila seorang-seorang I rasa macam semua orang nak telan I. Bila patient macam ada ‘something’ sehingga mesin perakam menunjukkan ‘EMERGENCY’ I jadi tertonyok nak buat apaaaaaaaaaa ni? -_- Okay fine. Doktor apa macam ni? Ulang balik degree boleh tak?


Paling sakit dan gatal telinga betul dengar bunyi mesin menitoring patient. Teeeet Tuuuut tuuuut Teeet. Eeee kalau dengar untuk 2 – 3 jam masih boleh terima. Tetapi kalau 24jam bunyi itu terasa macam nak ketuk je mesin ini. Nasib baik dekat ICU cuma ada 10 patient. Nasib baik.


Mula mula dulu mesti rasa sakit sendi-sendi badan bila tidur macam ni. Tapi lama-lama dah jadi satu kebanggaan kerana dah boleh tidur lena gaya duduk mengkudu. Tapi setiap 30minit mesti ada yang kejutkan, “doc.. infuse habis”..

Shadap please!


Dan hari-hari kena standby lihat board untuk persiapan operation buat besok. I bukan jaga bahagian bedah (surgery) ye sekarang. Now dekat Anaestesi. Apa tu? Pelik je bunyi. Alaa Anaestesi tu orang kampung cakap dokter bius. Yang bagi orang pengsan bila nak operate tu.

Begitu lah ceritanya. Mengapa I merasa hidup ini sangat unorganized sebab I tak cukup tidur sekarang. I rasa macam nak tiduuuuuuuuurrrr dan minggu depan baru bangun. Tadaaaa. Okaylah kali ini tak nak kiss pipi lagi.

11 responses so far

May 12 2010

Versi jpg.

Published by under Camera whore genes!

Saturday Night!


Eksklusif ni tanpa make up. Makan di kedai Quack-quack (Itik goreng).


Ewah. Nak juga tu pose manja-manja.


Bukan sebab I putih macam gitu yer. Tapi flash yang dengki!


How can I get a firm bubble butt like Beyonce? Beyonce please!

Oooo boy you looking like you like what you see!! eh eh ternyanyi pula. Behave please!

Malam minggu pergi main pool. Poyo betul. Main tonyoh-tonyoh je tak reti main pun sebenarnya.

Hari Isnin petang selepas balik kerja.


Muka budak-budak stress walaupun baru first day Anaestasi. blughhhhhhhhhh.

Tak suka scedule on call.Tak suka tak suka!

Tidak mampu berkata apa-apa sebab I tersangat sibuk sekarang. Jadi I update cepat-cepat. Esok ada on call jadi hari ini I terpaksa meluangkan masa untuk anda semua dan menjawap formspring cepat-cepat. Eceh meluangkan masa untuk anda semua? Ayat tak boleh nak diva lagi ke?

Baiklah. I nak tidur. Good night semua. Mwahx pipi kiri! Mwahx pipi kanan!

10 responses so far

May 09 2010

Tolong, fake eyelashes I tertanggal!

Published by under How to look beauty?

Pernah tak kita mengalami macam itu. Tengah makan, tiba-tiba fake eyelashes jatuh dekat pinggin. *Okay ni pengalaman my friend, berdekah jom* Atau pun sedang bergambar, lepas itu kantoi eyelashes tak lekat habis. Hah siapa macam itu sila terasa sikit.

Okay sebab I baik hati, I bagi tips cara memasang bulu mata palsu dengan betul. Lepas ini I hope tak akan lagi berlaku kejadian memalukan macam ini.

Bulu mata palsu ada 2 jenis. Satu jenis yang dipasang satu persatu, untuk hasil lebih natural. Yang ini biasanya dapat bertahan dalam 1 – 2 bulan. Tapi untuk bulu mata yang jenis bulu mata penuh, sesuai untuk dipakai untuk make up glamour sahaja. Kalau setakat nak pakai buat jalan-jalan pergi shopping itu, tidak perlu lah ye. Apatah lagi pakai dalam rumah. Blughhh.

I bagi tips untuk bulu mata penuh. Bulu mata satu persatu tu tak mungkin you all pakai sendiri kan? Mesti pakai dekat saloon atau kedai berhampiran.

  1. Adjust size dia. Kena lah beli bulu mata yang sesuai dengan mata. Kalau terlebih panjang, potong sikit. biar ngam. Jangan pakai terbalik. Ingat tu. Bulu yang panjang untuk bahagian ujung luar dan yang pendek untuk sudut dalam.
  2. Bersihkan bulu mata. Kemudian, gunakan eyelash curler dan jepitlah bulu mata.
  3. Letak gam dekat fake eyelash itu. Bukan dekat eyelashes anda ye.
  4. Pasang bulu mata dekat atas bulu mata anda, dari ujung hingga sudut mata. Okay faham tak ni?
  5. Biarkan 5 minit untuk kering.
  6. Untuk kesan yang lebih natural, supaya tak nampak cacat, letak liquid eyeliner di atas bulu mata palsu itu.
  7. Pakai mascara supaya bulu mata asli dan bulu mata palsu tu nampak macam bercantum. So tak adalah nampak fake sangat walaupun sebenarnya fake.
  8. Kalau bulu mata tertanggal atau comot, cabut balik bulu mata, bersihkan gam dulu. Baru tampal balik seperti di atas.
  9. Yang menjadi masalah biasanya, glue yang tidak kuat. Yelah sebenarnya kalau kita beli fake eyelashes di pasaran memang kadang-kadang diberi free glue. Jangan pakai yang itu. Tidak bagus dan senang tertanggal. Belilah glue yang diluluskan SIRIM. eh merapu lah tu.

I sarankan pakai eyelash adhesive dari MAC or Shu Uemura.

I pakai fake eyelashes ni time photoshoot atau ada majlis-majlis event besar sahaja  ye kawan-kawan. I bukan buang tebiat 🙂

26 responses so far

« Prev - Next »

| |