Archive for April, 2010

Apr 17 2010

Bekerja di konti Radio—–logy.

Published by under Don't sue me!

Oh ramai juga yang request I blogging about my life as a murderer doctor. Rindu lah tu nak tengok I pakai uniform putih bertudung litup sopan santun ewah. Kejap-kejap I tengah fikir I nak blog pasal apa yer….

Okay tak ada idea. Boleh lihat di sidebar sebelah, I sekarang berada di Department of Radiology which is so boring. For me lah kan. I tak minat melihat gambar-gambar photo hitam putih tulang tulang kerangka. Terdedah dengan sinar Xray oh help me help me. Tak mencabar betul bila tak berhadapan dengan patients. Eceh konon tak mencabar. Cakap sahaja lah tak tahu baca foto Xray kan senang cerita?


Taraaa.. Bosan kan kalau kerja macam ni? Dah lah bosan, susah pula tu nak fikirkan penyakit pada gambar apejadah entah.


Tapi kadang-kadang kita boleh bermain dengan alat jentolak ni. Treeeet Treeet okay jakun.

Hati-hati sinar radiation membahayakan kesihatan anda.


Ecceh posing sikit posing sikit. Ewah sempat lagi tu.

Bosan kan? Tapi bosan-bosan pon I should be glad lah because there’s NO ON CALL for the whole department. Hah Itu yang best tu, tidur rumah hari hari 🙂

~>~>~>~

Iklan sikit.

Petang semalam kami merayakan kejayaan kami semua lulus paediatrcis, dan merayakan hari ulang tahun 5 orang daripada kami. Eceh ramainya nampak sangat birthday boy nak save bajet lepastu dia menjebakkan orang lain untuk sama-sama ikut belanja. Haha okay baiklah.


Restoren ini best sebab kita boleh main kayak-kayak sambil makan.


Yang tudung merah tu scorer paediatrics. Pap pap pap *Clap hands sikit*. Eh marah dia kalau dia tau I mentioned dekat sini. Tapi tak apa dia bukan faham bahasa melayu pon. Syssss.


Kenapa muka I macam budak darjah 5 baru balik sekolah? #$#%#$%$#^$

12 responses so far

Apr 15 2010

Nasi Ayam Baser menggigit jari.

Menggigit ke menjilat jari? Okay I dah lupa. Apa-apalah!


Sorry my picture comes first. Haha wtf.

Siapa tak kenal Nasi Ayam Baser? Siapa?! Haa bukan orang Johor lah tu.  Lagi-lagi kalau orang Kota Tinggi, tapi tak kenal Nasi Ayam Baser boleh suruh buang daerah please. Malu lah oh. Last week, I sempat pergi ke kedai Nasi Ayam Baser cawangan Ulu Tiram. Well actually owner blog tu adalah blog reader ni. So kami bertemu dan dapat makan free. Eh eh yang itu tak perlu lah nak mention! Bwerk.

Okay dah meleleh siot.

Kadang-kadang kalau nasi terlebih lemak dan berminyak jadi muak sangat untuk ditelan. Terasa macam minyak itu melekat-lekat di leher tenggorokan. Euwww. Apa yang I suka, Nasi Ayam Baser ini tidak muak sama sekali. Rasa steady and cool je bila makan. Ada lah tu yang dia jampi. Ditambah dengan sambal penyedap dia nyam nyam! I nak minta sambal lebih tapi malu. Malu. Mama siap nak bawa bungkus tapi malu juga. Ha nampak sangat anak beranak pelahap.


Mama was the one who really excited. Dia yang bawa camera, I sampai terlupa. I cuma ingat nasi ayam sahaja.

Harus lah bergambar dengan manager. Mana tahu dapat aura terror masak nasi ayam sedap macam tu.


Nasi Ayam Baser sudah buka cawangan di Puchong. Apa lagi orang Puchong?

Reference: Http://www.restoranbaser.blogspot.com

38 responses so far

Apr 14 2010

Syukur.

Published by under Don't sue me!

Kadang-kadang macam tak sangka. Pernah tidak kita berada di tahap yang “Okay menyerah!”. Kita nak usaha, dah cuba nak berusaha tapi kadang-kadang susah nak dapat feel semua itu. Macam I. For the last few months memang gundah gulana sangat. Personal problem macam berdas-das tembakan kena dekat I. Macam mana nak handle semua? Macam mana nak be professional ya? Ha siapa yang rapat dengan I, mereka pasti faham. Okay tak payah yang rapat, korang pun faham.

Gambar masa sedang berkhidmat. Eceh messy gila.

Paediatrics bukan senang. Tanggungjawab kita besar. Well, kita kena handle patients dari sesak nafas, sakit jantung, kurang nutrisi, bayi tidak sihat, anak-anak kejang, dose ubat untuk anak-anak kecil setiap peringkat umur kena hafal, hah macam-macam bukan senang. Bukan senang. Kalau tidak lulus Paediatrics Department itu normal. Normal lah. Jangan nak gelabah.

Tapi, betul juga apa orang kata. Yang penting kita dah berusaha, berdoa dan tawakal. Selebihnya cuma Tuhan yang menentukan.

Congratulations to ALL member of group  C-01 who had passed the Paediatrics Exam!

Pecah record bila one whole group passed dan hoorey sama-sama.

Terima kasih untuk semua yang membantu. 🙂

Esok I kena puasa nazar 3 hari. Haa kena buat tu! Nasib baik I tak niat puasa nazar 1 bulan ke apa. Haaaha.

26 responses so far

Apr 12 2010

Headbands

Published by under Spare me 100 bucks!

Hai, I sudah kembali ke Jogja. Eceh tak cakap pon I ke Malaysia aleh-aleh dah kembali. Tak sempat nak update sorry sorry later lah I cerita. Masa I dekat Malaysia, I ada order headbands from my friend. Headbands tu orang melayu panggil apa ya? Cekak rambut orang Johor sebut. Orang KL, Kelantan, Terengganu apatah lagi orang Baling, Kedah I tak tahu lah dipanggil apa.

What I want to talk is about this special beadbands. I called it ‘special’ since it’s a homemade headbands. You all boleh order and cakap lah nak design macam mana nanti dia akan buat untuk anda. More than you expect! Gerenti puas hati. I just minta headbands yang manik-manik tapi dia jahit sulam-sulam bagai. Wowww cantiknya!

Cari-cari gambar yang I pakai ni tak jumpa pula yang okay. Boleh lah gambar ni nampak headband tu sikit.

I suka gambar ni sebab nampak headband yang cantik, rambut yang kejung sambil bermain dengan baby pink tersayang.

Memang cantik. Lepas ni I nak try order dress pula lah dengan dia. Eh asik cakap dia dia tapi siapakah gerangannya? Yang berminat, boleh order dengan Diana Azmi. She’s a young designer with a bright future. Kecil-kecil lagi sudah dapat design baju Memey Suhaiza for ABP. Eh dah jadi cerita pasal dia pula. Kalau sesiapa yang berkenan (dengan design dia ya bukan dengan orangnya, she’s taken) boleh berkunjung ke blog dia.

18 responses so far

Apr 06 2010

Protected: Saya mengalah bukan bererti saya kalah..

Published by under Love you to the moon!

This content is password protected. To view it please enter your password below:

Enter your password to view comments.

« Prev

| |