Archive for December, 2009

Dec 23 2009

Are you the most desirable woman?

Published by under How to look beauty?

I suka makan coklat, sweets and spicy foods. Tapi I tak tau dengan makan semua itu akan menyebabkan skin spots, acne dan sekaligus dehydrate kulit kita. Lama-lama mulalah akan kelihatan kedutan-kedutan tidak wajar. Lebih parah lagi kalau kita ada masalah gangguan hormon. Silap-silap umur 40 anak kita tersasul panggil kita nenek. Oh nightmare!

Kalau nak cantik awet muda kena lah share sama-sama. Produk Nuvafemme dapat menciptakan kulit yang anjal dan gebu dari dalam (Oh my god, bahasa I). Macam satu makanan untuk nutrisi kulit kita. Eh bukan maksudnya kalau makan Nuvafemme, anda tak akan berkedut sama sekali. Tipu lah tu. Mana ada orang tua tak berkedut plastik namanya. Kulit kita akan berkedut cuma lambat sahaja. Awet muda katakan.

I ingat, muka babyface macam I ni *eceh* tak ada kedut-kedut di muka. Tapi bila di teliti. Muka dah menunjukkan garisan di sekitar bawah mata dan tepi mata. Jahanam. Takpe.. takpee.. nasib baik ada Nuva. Eh comel juga panggil Nuva kan?

Boleh dapatkan di pasaran dengan harga RM188 sahaja. Siap dapat payung lagi. Mana ada orang beli pil dapat payung? Boleh juga add facebook: Nuvafemme Nuvanta. Haa ada facebook tu jangan main-main.

Nuva ada buat pertandingan juga. Siapa-siapa yang rasa memiliki tubuh badan yang sihat, anggun dan menawan, boleh mendaftarkan diri sendiri secara tak tau malunya. Siapa tak nak rm2000?

Oh kalau malu nak mendaftar pon tak apa. Klik sini http://nuvafemme.my/contest/contestant_details.php?id=100142 Boleh undi gadis yang I rasa dialah most desirable woman ni. wtf kelakar lah kau ni Totin.

Random: Kenapa semua contest mesti kena isi borang dengan full name? Tak suka betul lah!

7 responses so far

Dec 22 2009

Trip to Gandrumangu

Published by under Don't sue me!

Eceh trip konon. Bukan trip lah tapi outstation. Outstation tu maknanya kerja lah bukan bercuti. Sekarang I berada di department untuk kesihatan masyarakat jadi kena berada di luar selama 6minggu. Di luar itu bukan bermakna di luar rumah tetapi berada di kampung-kampung pedalaman. Berkhidmat di Puskesmas, ala-ala macam klinik desa. Kita disuruh untuk siap mental dan fizikal.

Mental dan fizikal? Okay I dah terbayang tinggal di rumah papan. Cedok air pagi-pagi, mandi perigi. Makan nasi tempe setiap hari. Badan bintat-bintat digigit nyamuk. Oh my!!

I punya barang dah macam barang-barang nak pergi Haji .. Err.. macam nak pindah rumah pon ada jugak! Kami disediakan 2 lori pengangkut barang dan 1 bas. Kena gunakan kemudahan sebaik-baiknya!


12 buah motorsikal kami angkut masuk dalam lori!

25 orang ikut trip. Tapi drop tempat lain-lain di 1 kawasan. Macam contoh, kalau dekat Batu Pahat, ada yang ke Parit Raja, Parit Imam, Parit Bilal. Haa macam tu lah. Eh lupa nak cakap. Perjalanan kami mengambil masa 8 jam. Macam Johor ke Perlis. Dah dapat bayangkan pedalaman mana kami pergi?

I dah imagine teratak desa, tapi rupa-rupanya banglow mewah. Rumah I sendiri pon tak mewah macam ni. Semua kelengkapan cukup. Cheh buat penat je nanges-nanges berdarah sebelum bertolak.


Boleh melakukan aktiviti menguruskan badan di sini.


Nampak tak nun di hujung sana. Ada swimming pool wa cakap lu! I ambil gambar dari luar pintu bilik I. Dah maghrib takut nak ke sana. Haha kantoi Totin penakut.

Paling tidak kusangka-sangka, ewah. I dapat bilik sorang-sorang. Yabedabeduuuuu. Kami ber 5 di tempatkan disini. I paling tak ada mood nak tinggal sebilik ramai-ramai. Memang tak selesa. Lagi-lagi kalau kena satu bilik dengan lelaki. Nak cari port kentut pon susah. Hahaha. Bilik sendirian berhad, boleh I kongker pasang lagu kuat-kuat. Eh, kena ingat sekarang dekat kampung. Tak boleh macam tu tak elok.

Ish kacau betul lah mamat bertuala ni. Tengah nak shoot gambar bilik, dia bole enterframe pulak.

Aktiviti sebelah malam. Akak-akak mengajar anak-anak kecil bermain judi. Budak-budak ni semua saudara-mara kepada doktor merangkap owner rumah kami. Kebetulan doktor kami baru balik haji. Bukan sahaja rumah meriah dengan saudara-mara, makanan yang disajikan pon meriah-meriah belaka! Haa memang plan diet tergenjala lagi lah.

Sempat juga kami melakukan persembahan di depan doktor kami. Terimalah, Ku yakin cinta dari D’cinnamon. Eceh. Doktor siap tepuk tangan tauu! Oh lupa nak cakap, dekat rumah ni tersedia set bilik karaoke. Boleh berdag-dig-dug. Eh, tu macam mamat bertuala tadi je?

Dah macam pergi bercuti ke chalet 5stars. Kurang bilik sauna je tempat ni. Macam mana nak menerapkan kehidupan desa ni? Tak ada langsung kot. Ni dah salah tujuan ni.

Okay esok kami semua mula berkhidmat. Doktor kami cuti lagi sebab baru balik haji. Engkau orang boleh bayangkan tak macam mana kami handle patients esok? Dengan tak ada doktor atasan yang handle? Tunggu episode seterusnya!

p.s; Broadband IM2 memang penyelamat. (:

12 responses so far

Dec 20 2009

Kau ingat kau diva?

Published by under How to look beauty?

Pernah tak terfikir macam mana muka kita bila makeover. Macam mana kalau kita berimej Cameron Diaz, Rihanna, Kate Winslet atau Megan Fox. I teruja betul dengan website ini, http://www.taaz.com. Tak perlu ke counter M.A.C, Dior takpun berangan nak calit make up dari Bobbi Brown. Dekat sini semua ada!

Baru masuk front page dah teruja melihat model mengancam. Belum apa-apa dah berangan nak make over jadi cantik macam gitu.

IMG_2043 blog

Mula-mula rasa tak sanggup nak post gambar ni. Malu pon ada. Tapi harus juga. Untuk membuktikan betapa power nya website makeover ini. Sanggup tu amik gambar plain macam ni semata-mata nak make over punya pasal! Maka, hasilnya..
makeover1s
Imej Gwen Stefani
makeover2s
Ada rupa Taylor Swift ke?

makeover3s
Gaya Peacock. Ala-ala opera Cina pon ada.

Kawan I cakap, dah macam Ratu Bapok 2009 je. Hahahahahhaaaaaa.

Kita bukan sahaja boleh berangan make-up mengancam, kita juga dapat tahu barang make up apa yang kita pakai. Berapa cost dia. Konon-konon kalau kita nak beli, dah tau bajet lah. Eceh.

3

Atau boleh click dekat “beaty and style”. Kita boleh dapat beauty tips, fashion dan lain-lain.

Haaa best kan! Pergi lah try. I pon tak habis jelajah lagi ni!

12 responses so far

Dec 18 2009

Bandung Broke.

I’m now on holiday.Yeah! How nice is that! Ayat nak kasi gempaq. Padahal, holiday 5 hari sahaja. T_T 5 hari itu I habiskan masa dengan bercuti ke Bandung! Memang last minutes perancangan. Kena pergi holiday sebelum hidup merana later. (I akan outstation 2bulan selepas ini. Homestay dekat kampung-kampung mandi perigi, baldihel! I cerita pasal ni lain kali lah). Back to the track, mari kita menikmati edisi gambar bercakap.

DAY 1:

IMG_2066e blog

Photoshoot antara tujuan utama. Ini first time I beraksi di kota Bandung. Mr photographer memang baik sangat! Janji pukul 8.00am, pukul 7.50am I baru bangun. Terus sms mr Photographer ‘I’m on my way! traffic jammed all roads!” Padahal baru terkedek-kedek nak make-up. Pagi tu baru tersedar, I lupa bawa foundation wtf wtf wtf! Sumpah seranah betul.

IMG_2081blog

Selepas photoshoot di tengah lapang panas terik atas gunung panjat pokok lompat kiri lompat kanan, I terus suruh Mr.photographer hantar I ke tempat shopping. Tak kira ke tempat apa, janji shopping. Mula-mula I pergi Bandung Trade Centre (BTC). Alasan Mr.Photographer drop I dekat situ sebab….. itu adalah gedung fashion wanita. Memang sana sini butik murah meriah. Terima kasih, I cuma sempat menjeling sahaja sebab mesin ATM masih menunjukkan rp36.ooo. T_________T. Gambar di atas, sewaktu I berjalan di Cihampelas. Dari BTC, I terus pergi Cihampelas. Punyalah jauh. Echeh macam korang tau je jauh ke tak.

Paling sadis bila duit bank I lambat masuk. Terkapai-kapai I mencari duit di Bandung. Kau tak tau betapa emosinya hidup tanpa $$!?! Bercuti tapi makan maggi. Sedih kot. But once duit dah masuk, terus bagitahu kawan begini ‘I NAK MAKAN KEDAI YANG PAAAALINGG MAHAL!’ haha tak reti bersyukur!

Kolase Picnikblog

Sebelah malam, pergi Paris Van Java. Nama nak glamour ala-ala Paris. Ini adalah shopping complex terbesar di Bandung. Mula-mula I ingat 1 floor je. Siap dekat 5 kali round (nak cari counter Anna Sui tapi tak jumpa-jumpa) Oh rupanya floor lain di tingkat bawah. Eh faham tak? Selalunya orang akan naik tangga untuk ke floor seterusnya. Tapi mall ni kena turun tangga. Mall bawah tanah. Terletak di tingkat 2 bawah tanah, ada kedai yogurt Sally. Yogurt yang sedap sangat dan decoration kedai yang sweet sangat! Setiap bucu kedai, I ambil gambar!

DAY 2

IMG_2135e blog

Pagi-pagi kawan I ajak naik atas Bukit Dago. Dari atas bukit, dapat lihat hampir keseluruhan daerah Bandung. Sebenarnya, malam-malam lah cantik. Tapi I takut naik bukit malam-malam banyak hantu. Haha alasan padahal dah penat dan mengantuk gila. Eh maaf lah, lupa ambil gambar kota Bandung. Syok mengambil gambar diri sendiri bajet nampak la Bandung dekat belakang tu. Tapi malangnya.. cuma nampak atap rumah jiran sebelah. T_T

IMG_2140 blog

Mie Jogja? Dah dekat Bandung takkan nak makan makanan Jogja? The kiosk Foor Market antara tempat favourite I. Nama je market = pasar tapi tempat ni bersih dan decoration pun cantik. Konsep ala-ala The Marche dekat Curve. Boleh makan apa sahaja. Anythings Everythings whateverthings. Daripada makanan tradisional Sunda sehingga ke makanan tradisional jawa. Cedok sendiri. Ambil sendiri. Layan diri. Sesiapa bercuti ke Bandung, jangan lupa makan di sini, terletak di Jalan H.Juanda di depan Dago Plaza. Okay royalti untuk I mana?

IMG_2162blog

Semua factory outlet I serbu. Gambar di atas antara my favourite FO di Jalan Riau. Banyak jual accesories yang cute. I beli handbag original Loius Vuitton harga Rm500 sahaja murah okay! Actually I cheated. Tak kuasa nak beli handbag extravaganza macam tu semata-mata buat pergi kerja.

IMG_2198eblog

Malam hari, dinner dekat Platinum, Ciwalk Mall. Kat sini sebenarnya ala-ala macam The Curve. Tapi Ciwalk lagi meriah kot. Kedai makan lagi banyak dan bombastik mr lova-lova. Hah dah merapek la tu.

IMG_2206eblog

Nampak sangat dalam panggung wayang tak ada orang. Tak apa lah bukan senang dapat posing dalam ni. Weh nak tau cerita 2012 tu cuak gila lah penuh debaran wa cakap luuu. Okayh I dah tau you all nak cakap apa, ‘Cerita Basi’, kan? Ok takpe takpe..

DAY 3

Hahahahahahaaa mesti dah menguap-nguap baca kan. Bila rasa bosan, boleh klik button ‘x’ pada bucu kanan atas monitor anda. Yang lain, boleh teruskan membaca kisah percutian superstar perasan.

IMG_2216 blog

Tak kemana. Cuma ke Bandung Indah Plaza (BIP) untuk makan-makan. Haih. Makan sahaja kau ni. Bila dah gemuk. bising! Cuba perhatikan apa I makan. Guys, say hello to Fries K-PATATs*Maigod, tak ada nama lain ke?*.

Jalan-jalan mall sekejap je. Flight balik Jogja pukul 8.00 malam.

IMG_2267eblog

Flight konon. Naik train je sudah. Nampak sangat obses dengan diri sendiri dalam train pon nak bergambar. 8 jam perjalanan tapi tak tutup lampu. Apa ni weh macam mana nak tido?

DAY 4

Dah dekat Jogja, nak cerita apa lagi?

.

The end!

9 responses so far

Dec 18 2009

Brownies

Rindu tak dekat I? Rindu tak? Tak rindu, sudah! Blog I sudah kembali berfungsi seperti biasa. Sebelum ini, kalau engkau orang masuk sini mesti keluar ‘The requested URL could not retrieved’. Macam menyampah kan bila refresh banyak kali, keluar benda yang sama! Maaf sekali, sebab I terlupa bayar year fee untuk blog.

I sedang menaip sambil makan brownies khas Bandung. Sedap lembut enak berkrim! Ohye, I baru balik bercuti di Bandung. Dah tau ke belum? Kejap lagi I cerita full story pasal DUKA dan suka di sana. Kejap lagi yer. Tengah edit gambar ni!

8 responses so far

« Prev - Next »

| |