Archive for September, 2009

Sep 21 2009

Tart Nenas

Published by under I'm just rambling.

I dah lost 4kg. Perlu hoorey ke? Tak perlu kot sebab kalini slim tak sihat. Bukan slim sihat-sihat punya. Sudah dekat 2minggu I sakit. Bacteria E.coli menyerang tubuh. Ok pandai-pandai je guessing. Tatau lah binatang apa yang buat diri muntah-muntah, diarrhea, sempat demam panas. Kesannya sampai hari ini, dyspepsia tipe dismotility masih tak baik-baik lagi. Cheh mentang-mentang sekarang tengah Dept. Internal Medicine, nama penyakit semua nak specific.

Now, I baru tau betapa deritanya beraya di Jogja. Owh I mean, bukan lah beraya di Indonesia itu tidak best. But not in Jogja. Memang sumpah semua makhluk entah kemana. Kedai semua tutup weyh I sumpah gile starving tatau nak makan apa ni! Korek-korek maggie je hari-hari. Tertekan betul baca status/twitter engkau orang semua kekenyangan makan rendang ketupat ok menyakitkan hati. Memang tak berhati perut!

Menyampah betul tengok semua orang update gambar raya. Helleh kau orang ingat I tak ada gambar raya ke tahun ni? Adela. Tapi tunggu la. Jeng-jeng-jeng. Kalah gambar you all tau!

P.s; Bilelah Tart Nenas nak sampai Jogja ni. Haish!

2 responses so far

Sep 20 2009

Senandung Hari Raya (2009.2009)

Published by under Where the heart is.


2004

.

2005

.

2006

.

2007

.

2008

.

2009
.

Oh God. Can you see the different? 2009, is my first time celebrating Hari Raya away from home. In a foreign land without family. I have a big family. VERY VERY BIG lah. Family from my mum’s side. Dad’s side. Cma’s side. Uncle’s side. The siblings. The cousins. The nephew. The kakak ipar’s.. oh coming!

The night before raya, we (with other young doctors) ordered Pizza Delivery. Hah malam raya makan Pizza kau jangan main-main. Keluarga tercinta pun call untuk mengetahui perkembangan anak gadisnya ewah. Masa ni cool jekla ketawa-ketawa. Relax la! Kite oke je ni happy je ni alaaaa tak kesah la raya je kot!

and today…errr

What did I do today? 1 Syawal, pukul 4 pagi I buat wad round. Dengan senyuman ikhlas tak ikhlas, ‘Selamat Hari Raya, semua! Saya suntik ya untuk periksa darah!’ Pagi-pagi menyuntik orang. Ucapan Selamat Hari Raya sebagai pembuka bicara memang tidak ikhlas. Takbir raya bergema. Masjid sebelah hospital je. Ok masih ada 20patients yang perlu diselesaikan sebelum pulang. Buat kerja cepat cepat!

7pagi. Yes, kerja dah abis. Tugas JAGUM minggu ini sudah selesai! Hoorey! Selamat Hari Raya! Hari Raya? oh ok time to go home! Sunyinya suasana luar hospital. Tak ada makhluk. Menari ballet atas jalan raya pon boleh. Oh nampaknya kena balik jalan kaki. Teksi dan bas pon tak de. Saja menggatal, jalan sebelah masjid. Semua berpakaian indonesianik untuk solat pagi raya. Bersemangatnya semua. Sayu dengar takbir. Sayu lihat mereka. Saya masih berUniform putih, tak mandi lagi dari semalam. Oh berus gigi pun belum! hehe kantoi pagi-pagi check patients tak berus gigi. *_*

Sampai rumah, masuk bilik. Baru I sedar. I am alone now. 5000km apart from the loves one. And TODAY IS HARI RAYA! I have nobody. No close friends. No family. Sebak. Than, I managed to get a web camera with them. Jadi sebak lagi. Keyboard dah melekit dah ni. uhuk uhuk.T_T


“Tiada bisikan lembut yang ku dengar
Hanya suara azan sayup bergema
Masih kurasakan hangat tanganmu
Di pagi raya bersalam dengan ku”

Arwah Atok, I Miss You. 🙁
..
.



Now, I realized and learned one valuable thing in life. Family is priceless. Even though kadang-kadang macam irritating dengan abang sendiri, hurtful bila kena marah dengan bapa sebab dituduh kaki boros shopping, gaduh dengan adik sebab suka conquer TV dengan cerita-cerita cartoon network, but they will always be the main part in our daily life. Neither anything can be at part nor far from replacing them.

Apa-apa pun,

Selamat Hari Raya, everyone!
Mohon ampun if I’ve done or said anything wrong.
Hope you guys have a blast during Hari Raya!



OKLAH perut berkerocok. I’m hungry. HUNGRY HUNGRY. I want ketupat, rendang, lemang, sayur lodeh, sambal goreng and ALL!!! Ok tak payah berangan. Nak beli nasi bungkus pon takde 1 kedai yang bukak. Maggie mee here I come.
.
Oh! I forgot to tell you guys! I’m wearing my girls boxer short with a tank top now. Baju raya tahun ni! LOL. Bye!

12 responses so far

Sep 18 2009

Happy Eid everyone!

Published by under Don't sue me!

Saya baru pulang bertugas!! Eh eh bukan pulang. Mencuri-curi pulang. Sekejap lagi kena ke hospital lagi untuk meneruskan tugas. Hari-hari tidur hospital. Patient pon dah ngam dengan saya! I love you lah babeh.

Tadi adalah laporan pagi terakhir buat semua doktor. Esok, doktor dan semua staff specialist sudah bercuti hoorey hoorey! Ok hoorey untuk mereka bukan untuk kami. Doktor junior kena hidup mati dengan patient. Paham? T_T

Baju raya, takde.
Kasut raya, takde.
Barang kemas raya, takde.
Rambut raya, takde.
*wah daddy must be happy! Jimat betul tahun ni kan?*

KAD RAYA PON TAKDE.

Duit raya? Ok tak apalah. Duit raya tak penting. Pahala yang penting. EWAH!

14 responses so far

Sep 12 2009

Berbaju merah jambu, berkain songket biru, dengan senyum ketawa, pada pagi hari raya! T_________T

Published by under Where the heart is.

Seminggu tidur dekat wad. Eh takda tempat tidur khas, pandai-pandai la empet-mengempet dengan 3orang doktor muda yang lain. Laki perempuan dah tak peduli dah yang penting dapat tidur! Mujur kalau dapat tidur, biasanya atau memang sepatutnya tidak boleh tidur. Setiap malam, setiap 15 minit, setiap 30minit, kita akan monitor tekanan darah, air kencing, gula darah patient. Atau kita sanggup menanggung risiko meninggalkan patient yang darurat, lepastu meninggal, lepastu esok pagi kena hentam dengan doctor staff?
Itulah JAGUM = Jaga Umum!

My Jagum week starts tomorrow. TOMORROW! Di saat-saat malam lailatulqadar lah, kami kena ber-jagum! T_T Memang menguji betul. Mak cakap bulan puasa tak baik mengeluh! Kami akan berjagum sampai hari Ahad=HARI RAYA HOOREY! T____T

Di kesempatan ini, sekiranya tak sempat, saya nak mengucapkan Selamat Hari Raya, Minal Aidin Wal Faizin buat keluarga di Batu Pahat Johor, seluruh sanak saudara, Pakcik Makcik, dan sahabat handai. Tahun ni jangan sedih-sedih sebab tak dapat beraya dengan saya. Jangan nangis-nangis di pagi raya ye. Mesti sepi kan rumah takde yang tolong masukkan kuih raya dalam balang? Tugas rutin setiap tahun saya, memasukkan duit raya dalam sampul mungkin diambil alih oleh adik Nazim. Mungkin lah! Oh nanti gambar raya jangan lupa edit sekali masukkan muka saya!

Adik-adik jangan main mercun tau. Jaga diaa.. eppp!

Disini saya baik-baik saja. Baju raya pon takde. T___T Pagi-pagi raya dah kena pakai uniform putih What the !@!@#@!#!@#!@!

Jangan lupa poskan dodol, kuih tart, kuih conflaks buatan tangan Eekin! Tak lupa juga, rendang, ketupat, sayur lodeh, serunding dan daging dinding my favourite!




Berbaju merah jambu
Berkain songket biru
Dengan senyum ketawa
Pada pagi hari raya
.
Berkunjung rumah taulan
Menghibur hati rawan
Berjabat-jabat tangan
Bermuram jangan
.
Bila hari raya pun tiba
Suasana menjadi riang
Dunia jadi terang
.
Bermacam kuih lazat
Rendang serta ketupat
Hidangan hari raya
Hari mulia

Dah masuk 4 kali ulang lagu ni. Mak, Ayah, Abang yang dengar cerita dah kerja, Pakcik, Makcik, sepupu juga rakan karib yang dah kerja (eleh eekin buat-buat tak tau la tu), jangan lupa bank-in kan DUIT RAYA!

p.s; Kalau keluar dekat Berita, Yogyakarta banjir teruk pada pagi raya, Jangan Salahkan Saya!

22 responses so far

Sep 11 2009

Malu I okeh.

Published by under Don't sue me!

Hari-hari buat rutin yang sama. Sebagai doktor berhemah (eceh), setiap malam I akan visit patient I. Follow Up patient. Tanya perkembangan dia. Kadang-kadang kalau malas sangat, cukuplah bertegur sapa, ‘Selamat malam kak, harini mual lagi? pusing tak? Dah tak pusing kan? Ok esok saya datang lagi’ Belum sempat kakak menjawap, saya dah blah. Hihi.

Oh tadi I excited check patient. Satu persatu katil I check. Sorang-sorang I periksa tekanan darah dia, nadi dia, check jantung, buah dada eh eh.. Rupanya ada satu patient I terlupa nak check. Katil C5 di penjuru sana!

“Selamat malam, Pak!”
“Bagaimana keadaan bapak malam ni? Dah semakin membaik?”

Bapak tu tidak ada response pon. Mungkin dia tidur kot..
Tapi..tapi.. tangan dia kenapa sejuk?

I toleh kiri kanan. Ahli keluarga dia berjurai2 sedang menangis. Mata masing-masing drakula merah abis.Semua usha pelik ternga-nga tengok I…

OH BAIKLAH. I SEDANG BERCAKAP DENGAN MAYAT.

Paiseh punya pasal. I terus blah. Cakap minta maaf pon tak! Nasib baik I tak check nadi, tekanan darah dia dan segala bagai. T___________T

6 responses so far

« Prev - Next »

| |